Penipu,
Pembohong,
Pendusta,
Pengkhianat,
Penyeleweng,
Diatas adalah 6P sifat yang dimiliki oleh Ketua Umno Bahagian Ampang Dato Ismail Kijo yang sama bunyinya dengan program 6P yang sedang dijalankan oleh Jabatan Imegresen dan Kementerian Dalam Negeri iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin.Cuma 6P Dato Mail jauh berbeza dengan program 6P yang sedang dijalankan sekarang.
Tapi kenapa aku kaitkan program 6P ini dengan sikap 6P Dato Mail Kijo?Mestilah ada kaitan nya kalau tidak masakan aku menulis artikel ini dan tak pasal pasal menghentam dia.
Aku pernah bertanyakan pasal program 6P dengan Dato Mail kira kira 2 bulan lalu,tapi masa itu dia jawap pun macam dia tak tahu kewujudan program ini.Lalu aku bersangka baiklah yang memang dia langsung tidak tahu hal ini.
Tapi bila program 6P ini mula berjalan 1hb Ogos lalu aku terperanjat bila kumpulan Mereng Mahawangsa menggunakan mesin biometrik yang dimiliki oleh Dato Ismail Kijo untuk menjalankan program 6P ini di Pusat Khidmat mereka.Bila aku bertanya dengan Timbalan Ketua cawangan Mereng aku diberitahu mereka menjalankan program ini menggunakan perlantikan Dato Mail Kijo sebagai agen yang sah dan mesin biometrik yang dimiliki olehnya.
Berapa banyak mesin biometrik yang mereka ada itu aku tak pasti tapi kalau melihat operasi lain lain agen sah yang dilantik mestilah lebih dari satu.Bila kecuh baru baru ini yang agen hanya dibenarkan mengutip tak lebih rm35 dari seorang PATI dan bukan rm350,bisinglah si timbalan ketua ini kat kedai kopi.Yang aku dengar rungutan nya "Habis modal RM150 ribu ini takkan nak rugi begitu sahaja".Bila aku risik risik dari dia rupanya satu mesin biometrik berharga hampir RM15 ribu sebuah,jadi kalau dah sepuluh buah dah tentulah RM150 ribu,itu jawapan nya.
Tak pulak aku tanya sama ada diaorang ada 10 mesin kepunyaan Dato Ismail Kijo kat Pusat Khidmat itu sebab itu bukanlah soal pokok aku tulis artikel ini.Aku sedang membicarakan sikap berpura pura Dato Mail yang coba menggambarkan kepada semua orang konon nya hubungan dia dengan Mereng Mahawangsa sudah tidak seakrab dulu selepas Mesyuarat Perwakilan Bahagian tempohari.
Sehinggakan dalam beberapa mesyuarat AJK Bahagian pun dia berpura pura tak ingat nama Azwandin sehingga terpaksa ditolong ingatkan oleh seseorang.Begitulah konon nya nama Azwandin sudah jauh dihatinya,rupa rupanya main wayang cina Dato Mail ini.
Dua bulan sudah bila aku bertanyakan pasal program 6P ini kepada Dato mail pun sebab aku dapat tahu yang Kumpulan Mereng ini kononya dilantik oleh KDN untuk tujuan ini.Sekadar nakkan pengesahan dari Dato Mail saja sebab itu aku bertanya kalau kalau dia ada mendengar.Masakan program sebesar ini Ketua Bahagian tidak tahu.Tapi bila dia jawap tak tahu aku terima saja dengan bersangka baik yang mungkin Azwandin mendapatkan nya melalui kabel lain.
Tapi bila aku dapat tahu yang mereka menjalankan nya atas kapasiti Dato Mail,nampak sangat Dato Mail ini PENIPU,PEMBOHONG dan segala macam P yang ada kat atas itu.Jadi wayang bermuka muka didepan semua AJK Bahagian yang dah mula tidak senang dengan Azwandin selama ini sekadar ingin menggabui mata kami semua sedang hakikatnya mereka masih dalam satu team.
Terpulanglah kepada siapa juga kat Bahagian sana yang membaca posting ini untuk menilai manusia jenis apa Dato Ismail Kijo ini sebenarnya.Aku sekadar menyatakan apa yang aku rasa dan aku tidak dipengaruhi apa apa sentimen pun.Cuma kesal sedikit berketuakan ahli politik yang suka bermain politik dengan orang orangnya sendiri.
Patutlah banyak kumpulan yang mengintai ngintai nak menguis Dato Mail dari kedudukan nya sekarang...rupanya banyak sangat songeh orang tak cukup inci ini.
Harap harap dia diberi hidayah semasa ditanah suci bila melakukan ibadah umrah baru baru ini dan berhenti menjadi orang MUNAFIK.