Home » » Theresa naik "cock", Khalid kasi "gagap order"

Theresa naik "cock", Khalid kasi "gagap order"


Khalid Gagap memang bongok dan bengap! Bikin malu Melayu-Islam sahaja di Selangor!

Kontroversi ekoran penyerbuan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama, menyebabkan Khalid Gagap jadi tidak tentu arah. Khalid Gagap kelihatan terlalu takut dengan kuasa Kristian yang terdapat di dalam kerajaan negerinya, sekalipun kuasa Kristian tersebut bukannya Methodist sebaliknya Katholik.

Khalid Gagap dah keluarkan arahan, semua Exco tidak boleh keluarkan kenyataan berhubung kontroversi itu. Dan dia sendiri akan menghadap KDYMM Paduka Sultan Selangor. Nampak macam baik sangat la...

Masalahnya, Khalid Gagap dah berlunjur dulu sebelum duduk. Siasatan belum selesai. Laporan daripada JAIS baru saja diarahkan, Khalid dah kelam-kabut nak menghadap Sultan.

Nampak sangat takutnya si Gagap pokemon ini kat kuasa Kristian dalam pentadbirannya. Yang dihairankan, kalau bab umat Islam dan urusan agama Islam, ambil mudah sungguh si Gagap ni. Tapi kalau tersentuh sikit saja kat Kristian sekalipun yang bermazhab Davidian, si Gagap akan kelam-kabut.

Hujah Hasan Ali ada asas. Kehadiran 15 orang yang beragama Islam dalam majlis tersebut, ada asas dengan dakwaan bahawa usaha pemurtadan cuba dilakukan pihak tertentu. Kenapa si Gagap lebih takut gereja diserbu berbanding usaha memurtadkan umat Islam?

Sekali gus timbul pula tanda tanya, adakah bantuan wang ringgit dari dana awam Selangor untuk BERSIH 2.0 sebenarnya mempunyai dalang Kristian? Kan BERSIH 2.0 didalangi oleh puak-puak yang sangat menyokong pemurtadan umat Islam dan diketuai pula oleh Ambiga yang sudah diketahui menyokong desakan agar kerajaan Malaysia membenarkan umat Islam murtad dan anak-anak yang berusia 18 tahun dibenarkan memilih agama masing-masing tanpa terikat dengan Perlembagaan Persekutuan?

Yang paling tidak boleh diterima ialah bila ada pula pemimpin PAS yang kata, tindakan JAIS dan Hasan Ali akan menyebabkan perpecahan kaum dan permusuhan agama di Selangor... kalau tentang orang Islam, semuanya kena tunduk dan mengalah... tapi kalau yang buat onar orang bukan Islam, semuanya perlu di atas prinsip toleransi...

Ini yang nak diharapkan Pakatan Rakyat membela umat Islam berlandaskan Perlembagaan Persekutuan? Boleh mimpi sajalah....